Di Labuan, saya selalu beli biji benih sayur dari kedai pertanian (dekat lapangan terbang Labuan) dan kedai Ujaya (dekat sebuah tokong berhadapan dengan Supermarket Utama Jaya).
Kadang-kala, saya juga beli biji benih sayur dari Kedai Hup Huat (di Durian Tunjung).
Di Supermarket Utama Jaya pun ada jual biji benih sayuran di tingkat bawah (May 2015).
Di Milimewah, ada juga jual biji benih sayuran di tingkat 3, dekat rak alat-alat pertukangan (September 2015).
Sekiranya anda pergi ke Papar (Sabah), ada sebuah kedai jual barang pertanian (dekat balai polis). Harga barang-barang-nya jauh lebih murah.
Gambar ini diambil dari www.wikimapia.org menunjukkan lokasi kedai tersebut.
No comments:
Post a Comment